Tuesday, July 15, 2008

MAHASISWI DALAM ARUS PERDANA

Rabu, 16 julai 2008-Akademi Pengajian Islam,UM.
tarikh keramat ini telah menyaksikan satu program khas buat mahasiswi APIUM dalam meningkah arus globalisasi kini. Pelancaran program-program dibawah helwi pmapium adalah satu langkah untuk menggerakkan muslimat dalam pergerakan mahasiswi di universiti. mahasiswi masa kini disogok dengan pelbagai dugaan dan hasutan yang kadangkala bisa meranapkan jati diri mahasiswi itu sendiri. dipetik daripada kata-kata naib yang dipertua persatuan mahasiswa akademi pengajian islam, um." HELWI dirancang ke arah melahirkan mahasiswi yang berilmu, berketerampilan dan bersahsiah tinggi".menurut saudari fariza," mahasisiw perlulah berpegang kepada 5 elemen dalam diri untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara."

saudari noorashiken yang dilantik sebagai pengerusi pada pelancaran ini turut menyarankan kepada mahasiswi islam @ muslimat sama-sama mengajak sahabat-sahabat dikolej masing-masing untuk mengimarahkan majlis-majlis ilmu. pada pandangan beliau , mahasiswi perlu tampil dengan ilmu yang pelbagai bukan sahaja ilmu didalm kuliah bahkan ilmu diluar kepompong bilik kuliah.

5 elemen yang diterima bersama :
1. daie'
2. akhlak
3. ilmu
4. ukhwah
5. sunnah dan al-quran

disamping itu juga, Helwi 08/09 juga telah mencetus satu pembaharuan dengan terbitnya satu majalah HELWI APIUM edisi khas.

pelancaran buletin NAILOFAR oleh SALSABIL NYDP

Mahasisiw adalah satu memontum dalam pembangunan ummah dan insan seleruhnya.

2 comments:

Khairunnisa said...

salam alaik...subhanallah...teruskan perjuangan awk ya..salam ziarah n ukhwah dr shabat mu..

www.qalamhazin.blogspot.com

Shafie Hashim said...

teruskan usaha