Tuesday, July 15, 2008

MAHASISWI DALAM ARUS PERDANA

Rabu, 16 julai 2008-Akademi Pengajian Islam,UM.
tarikh keramat ini telah menyaksikan satu program khas buat mahasiswi APIUM dalam meningkah arus globalisasi kini. Pelancaran program-program dibawah helwi pmapium adalah satu langkah untuk menggerakkan muslimat dalam pergerakan mahasiswi di universiti. mahasiswi masa kini disogok dengan pelbagai dugaan dan hasutan yang kadangkala bisa meranapkan jati diri mahasiswi itu sendiri. dipetik daripada kata-kata naib yang dipertua persatuan mahasiswa akademi pengajian islam, um." HELWI dirancang ke arah melahirkan mahasiswi yang berilmu, berketerampilan dan bersahsiah tinggi".menurut saudari fariza," mahasisiw perlulah berpegang kepada 5 elemen dalam diri untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara."

saudari noorashiken yang dilantik sebagai pengerusi pada pelancaran ini turut menyarankan kepada mahasiswi islam @ muslimat sama-sama mengajak sahabat-sahabat dikolej masing-masing untuk mengimarahkan majlis-majlis ilmu. pada pandangan beliau , mahasiswi perlu tampil dengan ilmu yang pelbagai bukan sahaja ilmu didalm kuliah bahkan ilmu diluar kepompong bilik kuliah.

5 elemen yang diterima bersama :
1. daie'
2. akhlak
3. ilmu
4. ukhwah
5. sunnah dan al-quran

disamping itu juga, Helwi 08/09 juga telah mencetus satu pembaharuan dengan terbitnya satu majalah HELWI APIUM edisi khas.

pelancaran buletin NAILOFAR oleh SALSABIL NYDP

Mahasisiw adalah satu memontum dalam pembangunan ummah dan insan seleruhnya.

KEBUDAYAAN MALAYSIA


Kita seringkali mendengar tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Sedar tidak sedar negara kita juga mempunyai dasar yang berkaitan dengan kebudayaan. Dasar ini telah diisytiharkan pada tahun 1971 sebagi satu medium penyatuan rakyat Malaysia. Dasar ini dikenali sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan(DKK).

Dasar ini yang telah diisytiharkan pada tahun 1971 dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Ini adalah satu langkah keluar bagi krisis perkauman yang telah berlaku pada 13 mei 1969. Dasar ini yang berpaksikan tiga asas utama negara yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. Asas pertama ialah kebudayaan rantau asal – usul rantau ini (kebudayaan melayu). Kedua ialah unsur-unsur kebudayaan yang lain yang sesuai. Ketiga ialah islam sebagai unsur teras.

Asas kebudayaan melayu semakin lama semakin merunsingkan dan dipinggirkan. Bahasa Melayu bukan lagi menjadi kebanggaan rakyat Malaysia bahkan orang melayu juga turut menganggap bahasa melayu tidak mampu menjadikan diri mereka maju. Seperti kita sedia maklum, kebanyakkan negara yang membangun masih lagi menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa utama tetapi mereka tidak ketinggalan dalam penggunaan bahasa dunia (Bahasa Inggeris).

Kita fokuskan kebudayaan pada peringkat universiti. Orang-orang yang terlibat dalam kebudayaan diperingkat ini ialah mahasiswa. Di dalam usia yang masih lagi menghijau, mahasiswa telah terpesong dalam mengertikan maksud kebudayaan daripada apa yang digariskan dalam dasar kebudayaan kebagsaan(DKK). Mahasiswa tidak begitu didedahkan dengan asas-asas kebudayaan Malaysia. bagi mereka yang berada diperingkat ini, kebudayaan pada mereka ialah kesenian, tari-menari dan hiburan. Mereka menghayati dasar ini, tetapi dalam kefahaman yang tersasar dari maksud utama DKK.

Krisis budaya barat yang semakin meruncingkan tanahair air telah lama menular. Kita menyedari hakikat ini namun tiada usaha-usaha yang efektif dilaksanakan bagi membanteras gejala ini. Bukan itu sahaja, ada yang ingin merosakkan budaya kita dengan perkataan moden. Maka lahirlah kurung moden yang jarang bajunya, terbelah kainnya. Penerapan unsur-unsur ini tanpa kita sedari telah meranapkan budaya kita yang sememangnya menjaga tatasusila manusia hatta dari segi berpakaian.

Dalam mengutamakan budaya melayu dan agama Islam tidak semestinya budaya dari kaum cina, india dan kaum-kaum lain yang ada di dalam Malaysia ini dipinggirkan. Bahkan bukan itu sahaja, mempelajari budaya selain dari melayu juga amat digalakkan. Penerapan nilai dari budaya lain juga diterima tetapi hendaklah bersesuaian dengan budaya melayu dan agama Islam. Kerana apa yang terkandung dalam kontrak sosial telah dimaktubkan di dalam perlembagaan persekutuan.

Konsep multiculture yang diamalkan di negara ini perlulah dinikmati bersama. Kami dari peringkat mahasiswa menyarankan agar pengolahan unsur-unsur yang baik ke dalam budaya kita ini, agar kita menjadi bangsa yang maju tetapi tidak punah dalam arus globalisasi. Disamping itu, ketinggian budaya Malaysia perlulah dijaga agar budaya yang telah disemai sekian lama ini tidak pupus ditelan dek perubahan zaman. Pepatah melayu ada menyatakan “biar mati anak jangan mati adat”. Sekiranya harimau hilang taringnya manakan musuh gentar dengan belangnya. Jangan sampai kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.

Wednesday, June 11, 2008

Siapa Diri Kita Sebenarnya?

Dari perut ibu kita dilairkan. Dari Buah susunya kita mendapat makanan. Tiap kali kita menangis ibu yang menjaga kita sementara ayah keluara mencari sesuap rezeki buat anaknya. Sehari demi sehari kita mula meniarap, mengensot,merangkak,bertatih dan kita akhir memulakan langkah kaki pertama dan jatuh. Lalu kita bangkit dan meneruskan langkah kedua, ketiga dan akhirnya kita berjalan seperti manusia yang lainnya.

(bersambung... dah ngantuk ni)

Monday, March 24, 2008

JALINAN ...

U.N.I.C

Jalinan

Indahnya suasana kita dihari ini
Ceria bersama bermesra
Erat silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia

Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

( korus )
Indahnya jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira di dunia ini
Lagi indahnya jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira di akhirat sana

Erat Silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia
Yang tua dihormati
Yang muda disayangi
Cetuskan suasana harmoni

Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

( ulang korus 2X )
Kita jalinkan
Kasih sayang


Lagu ini ku dedikasikan buat sahabat di sekolah at-tazkirah, SMUDA (Darul Anuar), UM nilam puri, dan semua sahabat2 di UMKL. Tanpa kalian semua hati ini takkan segembira ini. Kita ikat Ukhwah antara kita , dan kita bajainya dengan nasihat dan saling memperingati agar persahabatan ini kekal untuk selamanya..... selamat berforum buat sahabat2 ku sekalian.